Lepas Ukraine, Elon Musk Masuk Campur Hal Iran Pula!

217

Ketua Eksekutif SpaceX Elon Musk berkata syarikatnya kini hampir mempunyai 100 peranti Starlink aktif di Iran yang menawarkan perkhidmatan internet satelit firma itu

Musk sebelum ini mendakwa perkhidmatan jalur lebar berasaskan satelit disediakan untuk memajukan kebebasan internet dan aliran bebas maklumat kepada rakyat Iran.

Ini sekali gus dapat membantu rakyat Iran ‘membebaskan diri’ dari sekatan kerajaan dalam pengaksesan internet.

Dalam satu ciapan di Twitternya pada Isnin, Musk berkata pengaktifan Starlink di negara itu sudah menghampiri 100.

Rentetan daripada itu, ia secara tidak langsung menandakan campur tangan antarabangsa kedua oleh SpaceX tahun ini.

Selain Tehran, Starlink mula disediakan kepada Ukraine apabila tentera Rusia mula menyasarkan untuk memusnahkan infrastruktur di negara itu.

Tidak seperti Ukraine di mana Starlink didaftarkan dan kini dianggap sebagai pembekal internet berlesen, di Iran penggunaan perkhidmatan itu tidak sah atau dibenarkan oleh pihak berkuasa negara itu, menjadikannya amat berbahaya bagi pengguna sistem.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat