Liz Truss Pilihan Hati, Rishi Sunak Boleh Ke Tepi!

310

‘Kalau Sunak tak menang maksudnya sia-sia aja dia cucuk belakang Johnson haritu.’

Pada ketika ini Menteri Luar Negara United Kingdom (UK), Liz Truss merupakan calon pilihan utama yang bakal menyandang jawatan Perdana Menteri menggantikan Boris Johnson yang meletak jawatan.

Andai benar Truss menggantikan Johnson, maka beliau bukan sahaja menjadi Perdana Menteri ke-4 dari Parti Konservatif dan berjaya mengalahkan pesaingnya, Menteri Kewangan Rishi Sunak tetapi cabaran ekonomi besar menanti.

Difahamkan bahawa tugas utama Perdana Menteri baru UK adalah untuk menyelesaikan krisis kos sara hidup yang diapit pergolakan industri dan ancaman kemelesetan ekonomi.

Suka untuk diingatkan kadar inflasi UK kini mencapai 2 digit, 10.1% semasa Julai daripada 9.4% pada bulan sebelumnya, tertinggi sejak Februari 1982.

Menyingkap manifesto yang diperjuangkan Truss, beliau menjanjikan untuk mengambil langkah proaktif dalam menangani krisis kos sara hidup dengan melaksanakan rancangan penyelesaian isu bil tenaga dan bekalan api.

Beliau juga mengatakan semasa kempen kepimpinannya untuk membatalkan cukai-cukai yang diunjurkan ahli ekonomi sebagai pendorong inflasi.

Dalam pada itu, keputusan rasmi sama ada Truss benar-benar mengambil tampuk pemerintahan dari Johnson atau Sunak yang akan membuat kejutan bakal diketahui pada malam ini waktu tempatan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat