Arah pergerakan harga yang agak bercampur untuk mata wang US dolar pada minggu ini membuatkan pelabur kekal berwaspada untuk mengurangkan risiko dagangan.
Di awal minggu, US dolar paparkan penyusutan yang menyusuli reaksi dagangan di penutup minggu lalu berikutan laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) yang merosot pada bulan Julai.
US dolar menyusut berikutan pelabur menjangkakan Federal Reserve (Fed) bakal melaksanakan pemotongan kadar faedah yang agresif pada September.
Namun, laporan NFP tersebut juga turut menjadi pencetus terhadap kebimbangan kemelesetan ekonomi global yang boleh memberi sokongan terhadap mata wang US dolar sebagai safe-haven.
Jika diteliti pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD, harga telah mula menunjukkan penurunan semula selepas lonjakan yang diteruskan di awal minggu telah mencapai ketinggian 1.10000.
Penurunan harga pada Selasa semalam kembali menghampiri zon 1.09000 dan memberi isyarat awal untuk perubahan trend bearish apabila harga mula bergerak susut di bawah garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut.
Pergerakan harga mendatar menuju dagangan penghujung sesi New York ketika US dolar bergerak lemah semula selepas paparkan pengukuhan pada sesi sebelumnya.
Harga masih berlegar di atas zon 1.09000 pada sesi Asia pagi ini (Rabu), namun jika mula tembus lebih rendah ke bawah, risiko untuk kejatuhan harga adalah tinggi.
Penurunan bakal diteruskan untuk kembali menuju zon tumpuan pada minggu lalu iaitu sekitar 1.08000.
Sebaliknya jika harga membuat kenaikan dan melepasi semula halangan MA50, harga bakal menuju semula 1.10000 untuk menguji paras rintangan tersebut.
Kenaikan lebih tinggi melepasi rintangan itu akan mendorong harga catatkan paras ketinggian terbaru sekaligus meneruskan pergerakan bullish sebelum ini.
Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG