Lonjakan NFP, AUD/USD Capai Paras Tertinggi Terbaru 5 Bulan!

88

Pelabur menghadam bacaan komponen data pada laporan pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) untuk bulan Disember tidaklah begitu memuaskan walaupun pada mulanya dilihat secara kasar agak kukuh.

Kadar pengangguran susut ke paras 3.5%, pertambahan pekerjaan mengatasi jangkaan namun tidak melepasi angka bulan sebelumnya. Sementara purata pendapatan per jam catatkan penurunan.

US dolar hilang ‘power’ pada sesi terakhir minggu lalu selain data tinjauan ISM sektor pembuatan perkhidmatan AS paparkan angka membimbangkan di bawah paras stabil 50.0 mata.

Justeru, kebanyakan mata wang utama yang lain dalam pasaran dilihat meningkat kukuh adalah lebih didorong oleh penyusutan raja mata wang US dolar.

Termasuk dolar Australia di carta pasangan mata wang AUD/USD, lonjakan harian pada Jumaat catat sekitar 160 pips.

Pelabur yang mulanya menjangkakan bakal berlaku pergerakan bearish harga mula meleset apabila situasi berubah di penghujung minggu.

Setelah berlegar ke paras sekitar 0.67200, harga kemudiannya melonjak sehingga mencapai semula ke paras ketinggian yang telah dicapai pada Rabu lalu sekitar 0.68800.

Selepas harga bergerak semula di atas paras Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta AUD/USD itu, pelabur bersedia menantikan isyarat tambahan untuk menjangkakan trend bullish bakal dipamerkan minggu ini.

Memulakan dagangan di sesi Asia pagi ini (Isnin), harga meneruskan kenaikan dan telah melepasi zon rintangan 0.69000 sekaligus mencatatkan ketinggian terbaru 5 bulan.

Setakat jam 3 petang waktu tempatan, harga telah berlegar di sekitar paras ketinggian 0.69400 dan dilihat akan meneruskan lagi pendakian lebih tinggi.

Sasaran seterusnya adalah untuk menuju ke paras 0.7000 yang dijangka akan menjadi rintangan terbaru buat harga.

Namun jika harga kembali menjunam semula di bawah zon 0.69000, pelabur bakal bersedia menantikan kejatuhan semula harga dan berkemungkinan terdapat isyarat perubahan trend harga.

Paras tumpuan sekitar 0.68300 dan 0.67600 dijangka menunjukkan reaksi menarik sebelum harga mencecah ke paras sokongan pada 0.67000.

Lihat gambar carta harga pasangan AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat