Lonjakan Stok AS Benam Harga Minyak!

149

Harga minyak diheret jatuh lebih rendah susulan data bekalan minyak mentah Amerika Syarikat yang mengecewakan, sekali gus memburukkan lagi kebimbangan terhadap permintaan bahan api global.

Menjelang pembukaan sesi Eropah, niaga hadapan minyak mentah Brent didagangkan pada $95 setong manakala dagangan WTI Amerika Syarikat sedikit susut pada $88 setong.

Kedua-dua penanda aras susut ketara pada Selasa, menyaksikan dagangan Brent merosot 2.9%, manakala WTI AS pula 3.4%.

Data terbaru dari Institut Petroleum Amerika (API) menunjukkan bekalan minyak AS melonjak sebanyak 5.6 juta tong pada minggu yang berakhir pada 4 November.

Angka yang dicatatkan lebih tinggi daripada jangkaan untuk kenaikan sebanyak 1.4 juta tong sahaja oleh pasaran.

Ini seterusnya menambahkan lagi kebimbangan pasaran terhadap permintaan global, apatah lagi pengimport utama minyak dunia, China juga sedang bergelut dengan lonjakan terbaru Covid-19 pada minggu ini.

Turut mendukacitakan pasaran minyak adalah data-data yang menyuramkan dari China yang menunjukkan pertumbuhan semakin melemah di ekonomi gergasi kedua dunia itu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat