Loob Bakal Menambah Lebih Banyak Cawangan Tealive Dan Mengaji 1500 Pekerja!

463

Loob Holding Sdn Bhd yang merupakan sebuah syarikat yang menjadi tulang belakang kepada syarikat terkenal jenama F&B seperti Tealive, Ko Ko Kai, Gindaco dan Define Food, kini merancang untuk menambah lagi 1200 kepada 1500 pekerja dalam jangka waktu 2 tahun kehadapan.

Syarikat Loob turut berhasrat untuk membuka 250 cawangan Tealife untuk 2 tahun akan datang. Hal ini akan membuatkan cawangan Tealive akan berjumlah 500 cawangan pada pertengahan 2021.

Menurut Bryan Loo yang merupakan pengarah eksekutif pekerja Loob, mengatakan untuk Tealive sahaja, kami memerlukan lebih 1200 pekerja dengan purata 5 pekerja untuk setiap cawangan.

Beliau juga menambah, Loob membangunkan Tealive dengan misi untuk membudayakan teh moden dalam kalangan penduduk Malaysia dan juga membuka lebih banyak peluang pekerjaan.

Syarikat itu kini sedang memberi tumpuan untuk melakukan lebih banyak kerja penyelidikan dan pembangunan bagi memanfaatkan produk tempatan di pelbagai pasaran Tealive beroperasi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat