Luaskan Kuasamu YouTube, Kali Ini Google Pasti Menang

261

‘Amboi, dah macam one-stop center boleh layan movie dan tengok video dalam 1 platform.’

Youtube, perkhidmatan penstriman milik terbaru Alphabet Inc bakal memperkenalkan kedai dalam talian (online store) dalam membenarkan pengguna melanggan lebih banyak kandungan.

Ia dilihat mengikuti jejak langkah Apple TV dan Amazon Prime Video dalam memastikan perkhidmatan YouTube kekal releven serta berdaya saing selepas dikalahkan TikTok dalam kategori aplikasi tontonan video.

Memetik laporan Wall Street Journal, YouTube berada dalam fasa akhir untuk melancarkan online store bagi perkhidmatan video penstrimannya dan sedang memperbaharui perbincangan dengan syarikat hiburan lain.

Umumnya, trend kini diperhatikan sudah berubah dengan pengguna dilihat lebih gemar melanggan perkhidmatan penstriman dan YouTube pastinya tidak mahu ketinggalan.

Difahamkan lagi bahawa perkhidmatan penstriman YouTube tersebut, yang diusahakan selama 18 bulan, akan boleh diakses oleh pengguna pada musim luruh di Amerika Syarikat (AS).

Ia adalah susulan daripada catatan prestasi syarikat yang dilihat menurun buat 2 suku berturut-turut disebabkan peningkatan persaingan.

Setakat penulisan ini, saham YouTube didagangkan naik 2.39% pada $121.68.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat