Lubnan Mampu Bertahan Kurang Dari Sebulan!

1,937

Gudang gandum utama Lubnan di pelabuhan Beirut musnah dalam letupan, meninggalkan negara itu dengan simpanan gandum yang hanya mampu bertahan kurang dari tempoh sebulan meskipun bekalan lain masih dalam perjalanan.

Menurut menteri ekonomi Lubnan, Raoul Nehme mendedahkan bahawa negara itu memerlukan simpanan sekurang-kurangnya 3 bulan untuk memastikan keselamatan makanan dan sedang melihat kawasan penyimpanan lain.

Letupan itu adalah peristiwa terburuk yang pernah berlaku di Beirut, menjadikan daerah pelabuhan diibaratkan sebagai padang jarak padang terkukur manakala bangunan yang tersergam indah hancur sekelip mata dan melumpuhkan pelabuhan masuk utama mereka.

Selain itu, gudang berkenaan didakwa boleh menempatkan 120,000 tan gandum. Manakala Tripoli, iaitu bandar kedua terbesar yang terletak di Lubnan tidak mempunyai kemudahan simpanan gandum.

Ketika letupan berlaku, Beirut masih mempunyai tidak lebih daripada 15,000 tan gandum kerana sebahagian daripada bekalan tidak diturunkan lagi daripada kargo disebabkan oleh isu pembayaran.

Kini, simpanan sedia ada hanya mampu bertahan sebulan manakala 4 buah kapal sedang dalam perjalanan membawa 28,000 tan gandum ke pelabuhan negara itu. Di samping itu, 25,000 tan gandum sedang dipindahkan ke pelabuhan Tripoli.

Anda mungkin juga berminat