Lupakan ETH, PayPal Beri Fokus Pada SOL Pula!

393

“Sajalah nak tanya antara ETH dan SOL, korang nak siapa yang naik tinggi?”

PayPal, platform pembayaran terkemuka baru-baru ini mengumumkan stablecoin PayPal USD (PYUSD) kini berjalan pada Solana (SOL) yang bakal membawa manfaat agak besar bagi kes penggunaan perdagangan.

Susulan SOL adalah rangkaian blockchain di sebalik kripto kelima terbesar mengikut modal pasaran, aset digital itu yang ingin bersaing dengan Ethereum (ETH) akan menyediakan rangkaian lebih pantas untuk pembangun membina apa sahaja daripada games kepada aplikasi kewangan decentralized (DeFi).

Selain transaksi dapat diproses secara pantas dan murah, PayPal juga menegaskan sekali lagi sesungguhnya SOL amat sesuai untuk PYUSD susulan ia terus digunakan untuk kes penggunaan pembayaran.

Menurut Jose Fernandez da Ponte, Naib Presiden Kanan PayPal bagi group blockchain , kripto dan mata wang digital telah berkata SOL akan merealisasikan matlamatnya yang berhasrat membenarkan mata wang digital dengan stable value direka untuk perdagangan termasuk pembayaran.

Secara konteks, PYUSD ialah stablecoin pegged dolar disokong oleh keseteraan tunai dan perbendaharaan jangka pendek yang berjaya dilancarkan pada tahun lepas di mana ia juga berjalan pada ETH.

Stablecoin pula ialah sejenis aset digital disandarkan pada sesuatu stabil biasanya dolar yang membenarkan pengguna kripto menyimpannya pada blockchain, tetapi perlu diketahui harganya tidak akan melihat pergerakan turun naik secara ketara seperti kripto lain.

Setakat penulisan ini, harga SOL melonjak sebanyak 0.42% pada paras $169 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran lebih $78 bilion tetapi masih merekodkan penyusutan 4.54% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat