Maaf, Amerika Dan EU Gagal Sekat Rusia Dalam Perihal Ini

2,154

Walaupun pelbagai sekatan telah dikenakan terhadap Rusia, tetapi ada sesuatu yang Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah (EU) tidak dapat melaksanakannya.

Presiden Joe Biden memberitahu pada Khamis bahawa mereka tidak akan memutuskan Rusia daripada sistem pembayaran antara bank global SWIFT sebagai sebahagian daripada sekatan terhadap Moscow kerana menyerang Ukraine.

Tambah beliau lagi, AS dan negara lain gagal mencapai persetujuan untuk mengambil langkah tersebut kerana sekatan yang dikenakan terhadap bank Rusia melebihi kesan pemotongan Rusia daripada SWIFT.

SWIFT, bermaksud Society for Worldwide Interbank Financial Telecommunication, berpangkalan di Belgium dan mengendalikan permintaan pembayaran dan mesej antara 11,000 institusi kewangan di seluruh dunia.

Malah, sebelum sekatan dijatuhkan terdapat beberapa sumber EU yang mengatakan bahawa blok itu tidak mungkin bersetuju dengan langkah tersebut meskipun mendapat desakan daripada pelbagai pihak untuk berbuat demikian.

Canselor Jerman Olaf Scholz memberitahu bahawa negara itu menentang pemotongan akses Rusia kepada sistem pembayaran itu, tetapi tidak menolak kemungkinan mereka akan mengambil keputusan tersebut jika perlu.

Negara anggota EU yang lain enggan membuat langkah sedemikian kerana, walaupun ia akan menjejaskan bank Rusia dengan teruk, ia akan menyukarkan pemiutang Eropah untuk mendapatkan kembali wang mereka dan Rusia pula mungkin telah membina sistem pembayaran alternatif jika disekat.

Sebagai rekod, data daripada Bank of International Settlements (BIS) menunjukkan bahawa pemberi pinjaman Eropah memegang bahagian terbesar daripada hampir $30 bilion dalam pendedahan bank asing kepada Rusia.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat