Macam Mana Prestasi Bitcoin Lepas Ethereum Merge?

374

Gembar-gembur Ethereum Merge menyaksikan nilai pasaran Ethereum (ETH) mendominasi Bitcoin (BTC) dalam pasaran mata wang kripto.

Pelabur BTC berharap pemulihan berlaku secepat mungkin kerana peningkatan ETH akan berlalu, namun pelabur masih perlu melakukan pemerhatian terhadap tindak balas harga ETH selepas naik taraf.

Sebagai konteks, indikator teknikal menunjukkan peningkatan aktiviti perdagangan BTC dalam beberapa hari lalu, malah harga BTC akan kembali meningkat jika Ethereum Merge mempunyai sebarang rintangan atau isu yang perlu diselesaikan.

Namun, pakar Blockchain menegaskan bahawa kejayaan akan diperoleh walaupun masalah kecil mungkin akan berlaku semasa proses Ethereum Merge.

Di samping itu, kemungkinan besar naratif akan pudar selepas naik taraf ETH pada 15 September dan ini akan menyebabkan pasaran berubah.

Dijelaskan juga, perubahan akan berlaku dalam corak penguasaan BTC selepas Ethereum Merge kerana bahagian volum dagangan BTC mendapat kedudukan teratas berbanding ETH.

Tambahan pula, cross-over di BTC menunjukkan bahawa mata wang kripto tersebut akan menjadi lebih dominan di bursa dari segi volum dagangan termasuklah mampu mengalahkan ETH.

Intihanya, harga ETH berada pada paras $1,726 iaitu turun 1.43% dalam 24 jam terakhir, manakala BTC berada pada $22,412, naik 13.37% dalam tempoh 24 jam lalu.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat