MAKER – Pembangunan Projek Yang Terawal Dalam DeFi

94

Maker merupakan ‘governance token’ kepada MakerDAO dan Maker Protokol. Pembangunan Maker terdiri daripada platform perisian dan organisasi yang desentralisasi yang mana kedua-duanya berdasarkan kepada blockchain Ethereum.

Penciptaan Maker adalah hasil buah idea daripada Rune Christensen pada tahun 2015 sebelum dilancarkan secara rasmi pada Disember 2017.

Rune Christensen membangunkan projek Maker ini bertujuan untuk membolehkan pengguna mengeluarkan serta menguruskan DAI (stablecoin) dan secara tidak langsung mampu mengendalikan harganya untuk kekal stabil.

Ekosistem Maker adalah antara salah satu projek terawal dalam adegan kewangan desentralisasi (DeFi) yang berusaha untuk membina produk kewangan desentralisasi di atas rantaian kontrak pintar (smart contract) seperti Ethereum.

Melihat kepada carta MKR/USDT, pergerakan harga MKR dilihat telah mempamerkan lonjakan melebihi 900% pada pergerakan pasaran 2021 sebelum kembali menyusut sehingga ke paras sokongan sekitar $2,100.

Namun pada pembukaan pasaran hari ini, harga MKR menyaksikan paras sokongan $2,100 mampu untuk menyokong pergerakan harga MKR untuk kembali membuat lonjakan.

Jika pergerakan harga MKR terus mengekalkan trend kenaikan, zon SBR (support become resistance) sekitar harga $2,900 dilihat bakal menjadi paras untuk diuji sebelum melonjak lebih tinggi.

Sekiranya paras SBR $2,900 berjaya ditembusi, harga MKR dijangka bakal menuju ke zon SBR seterusnya sekitar $3,800-$4,000 dan menjadi zon tumpuan kepada pelabur dalam menantikan isyarat pergerakan seterusnya.

Namun jika harga terus membuat penurunan, paras sokongan $2,100 bakal ditembusi dan jangkaan harga bakal menuju ke paras sokongan terendah di paras harga $1,500 untuk mengekalkan trend bearish.

Penurunan yang lebih rendah bakal mendorong harga MKR untuk kembali menguji paras pembukaan pasaran 2021 sekitar $600.

Setakat jam 11.30 pagi waktu tempatan, harga MKR membuat lonjakan melebihi 6% untuk diperdagangkan di paras harga sekitar $2,400

Lihat gambar carta matawang kripto MKR/USDT di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat