Makin Melambunglah Saham Amazon Lepas Ni!

374

Amazon.com Inc telah melakukan usaha terbesar dalam penjualan ubat-ubatan dengan melancarkan farmasi digital dan menawarkan potongan harga untuk ubat-ubatan kepada Prime members di AS.

Syarikat e-dagang terkemuka itu telah melancarkan Amazon Pharmacy, bahagian laman web runcit dan aplikasi mudah alihnya yang membolehkan orang ramai memesan ubat. Selain itu, para pembeli boleh membayar menggunakan insurans kesihatan mereka manakala Prime members yang tidak menggunakan insurans mereka layak mendapat potongan harga ubat di laman Amazon atau di sekitar 50,000 farmasi yang mengambil bahagian.

Untuk pengetahuan semua, penawaran baru Amazon didorong oleh pemerolehan PillPack bernilai $ 753 juta, sebuah farmasi dalam talian yang terkenal. Pengembangan ini menjadikan syarikat e-dagang yang berpusat di Seattle itu menjadi pesaing kepada syarikat farmasi terkemuka, CVS Health Corp dan Walgreens Boots Alliance Inc, yang merupakan syarikat terbesar di AS.

Lebih malang lagi, saham CVS telah didapati jatuh sebanyak 3.9% dalam perdagangan sebelum bursa AS dibuka manakala Walgreens Boots mencatatkan penurunan sebanyak 7%.

Di samping itu, pelancaran farmasi digital berkenaan juga membolehkan syarikat e-dagang tersebut bersaing dengan Walmart Inc dan beberapa syarikat lain yang telah menjalankan penjualan ubat-ubatan.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat