Malaysia Bakal Wujud Saluran Khas untuk Tarik Pelabur China

242

Menteri Kewangan Lim Guang Eng menyatakan bahawa terdapat rancangan untuk mewujudkan saluran khas yang diterajui oleh beliau untuk menarik lebih banyak pelaburan dari China.

Terdapat peluang untuk meningkatkan pelaburan dari China memandangkan negara tersebut merupakan rakan dagangan terbesar Malaysia.

Pelaburan langsung asing (FDI) yang diluluskan dalam sektor pembuatan boleh ditingkatkan daripada RM4.4 bilion pada suku pertama tahun ini kepada RM8.8 bilion melalui saluran khas yang bakal diwujudkan.

Beliau akan menyampaikan maklumat lanjut mengenai perkara tersebut kepada China semasa lawatannya ke Shenzen bulan ini.

Malaysia juga mampu memberikan tempat selamat seperti yang diinginkan oleh pelabur China, terutama bagi pengeluar berteknologi tinggi di Shenzen.

Selain itu, Malaysia dapat menawarkan campuran yang serasi dalam sektor pembuatan dan kepakaran kepada pelabur China.

Tambahnya lagi, dengan mempromosikan Malaysia ia boleh membuatkan China sedar bahawa Malaysia lebih baik dari segi campuran pembuatan dan kos daripada negara lain.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat