Malaysia Dah ‘Deal’ Dengan China Untuk Vaksin!

820

Malaysia mendedahkan bahawa mereka telah menandatangani perjanjian dengan China untuk bekerjasama dalam pembangunan vaksin yang selamat dan efektif, sebagai sebahagian dari usaha memerangi pandemik Covid-19.

Berdasarkan perjanjian itu, dalam tempoh 5 tahun, negara Asia Tenggara akan diberi akses keutamaan terhadap vaksin Covid-19 yang dibangunkan oleh China. Kedua-duanya akan berkongsi pengetahuan dan kepakaran serta memudahkan keupayaan saintifik dan teknologi untuk memajukan pembangunan vaksin di negara mereka.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin telah menandatangani perjanjian itu dengan rakan sejawatnya dari China, Wang Zhigang dalam sebuah majlis secara maya.

Selain itu, kerjasama antara Malaysia dan China di bawah perjanjian tersebut akan diawasi oleh sebuah committee yang dipengerusikan oleh menteri-menteri luar negeri dari kedua-dua negara yang dibentuk pada bulan Oktober untuk menangani cabaran pasca-pandemik.

Tambahan daripada itu, kedua-dua negara juga akan menyokong penyertaan sektor awam dan swasta mereka termasuk universiti, institusi masyarakat dan beberapa organisasi dalam projek kerjasama bersama.

 

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat