Malaysia Pilihan Pelabur Asing

604

Ekonomi negara mencatatkan prestasi membanggakan dengan pasaran bon menunjukkan aliran masuk yang tinggi, pelaburan asing kekal positif dan Ringgit Malaysia muncul sebagai antara mata wang paling kukuh di Asia Tenggara meskipun negara dilanda pandemik Covid-19.

Menurut Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, prestasi itu menunjukkan keyakinan pelabur asing dalam pasaran Malaysia tetap teguh.

Ujar beliau seperti dipetik oleh Bernama, pasaran bon mencatatkan aliran masuk sebanyak RM23.1 billon sehingga Ogos 2020 dan pelaburan asing bersih meningkat kepada RM6.1 bilion pada suku keempat 2020 berbanding RM2.2 bilion dicatatkan pada suku kedua 2020.

“Antara faktor yang menyokong keyakinan pelabur luar ini ialah usaha giat kerajaan untuk mengadakan libat urus dengan pelabur sedia ada bagi memahami kehendak industri dalam tempoh pelaksanaan kawalan pergerakan.

“Selain itu, usaha-usaha untuk menarik pelaburan tambahan dan baharu juga sentiasa giat dijalankan,” kata beliau dalam Amanat Perdana Setahun Malaysia Prihatin yang disiarkan secara langsung hari ini.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat