Mampukah GBP/USD Bangkit Semula Dari Zon Support $1.3600?

459

Data sektor pembuatan dan perkhidmatan UK yang akan diterbitkan jam 4.30 petang waktu tempatan dijangka bakal pengaruhi pergerakan mata wang Pound Sterling di sesi Eropah.

Pound pada minggu lalu telah mempamerkan prestasi suram, bergerak lemah sehingga ke penghujung minggu gagal disokong oleh data-data ekonomi yang diterbitkan.

Pada carta harga pasangan mata wang GBP/USD, penurunan mingguan dicatatkan sekitar 270 pips sehingga harga susut ke zon support 1.36000.

Zon support tersebut turut menjadi tumpuan ketika penurunan pada dagangan Julai lalu, namun harga masih gagal untuk meneruskan penurunan ke paras lebih rendah.

Pada sesi Asia pagi Isnin juga, harga kembali paparkan kenaikan semula dari zon support 1.36000 tersebut memberi isyarat awal pergerakan bullish pada carta GBP/USD.

Namun, faktor kenaikan harga dilihat lebih didorong oleh penyusutan US dolar di awal minggu berikutan jangkaan untuk Federal Reserve (Fed) melaksanakan pengurangan pembelian bon (tapering) dilihat kembali menjauh.

Dagangan yang bersambung di awal sesi Eropah dilihat sedikit melepasi halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga dengan jangkaan kenaikan lebih tinggi bakal diteruskan.

Namun, data sektor ekonomi UK dinantikan sebentar lagi yang bakal memacu pergerakan harga hingga ke sesi berikutnya.

Kenaikan harga dijangka akan menguji zon SBR (support become resistance) 1.37000 terlebih dahulu sebelum meneruskan kenaikan lebih tinggi ke zon SBR seterusnya pada 1.38000.

Sekiranya harga menjunam semula di bawah zon support 1.36000, trend bearish harga minggu lalu dijangka akan diteruskan lagi pada minggu ini.

Penurunan selanjutnya melihatkan paras 1.35000 menjadi sasaran harga di mana sebelum ini menjadi tumpuan pada dagangan awal Januari lalu.

Lihat gambar carta pasangan mata wang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat