Mampukah GBP/USD Kekalkan Corak Kenaikan Harga Minggu Lalu?

410

Carta harga pasangan mata wang GBP/USD pada minggu lalu berjaya pamerkan corak kenaikan harga walaupun Pound masih kekal berisiko. Adakah momentum kenaikan tersebut mampu untuk dikekalkan pada minggu ini pula?

Kenaikan harga lebih didorong oleh faktor penyusutan US dolar menuju dagangan penghujung minggu lalu.

Minggu ini pula tumpuan akan terarah pada keputusan mesyuarat FOMC yang akan memberi isyarat arah pergerakan harga seterusnya.

Di samping itu juga, pelabur akan memantau perkembangan ekonomi UK selepas langkah pembukaan semula ekonomi pada minggu lalu yang diharapkan untuk menyokong pemulihan ditengah-tengah pandemik yang kembali mengganas.

Pound kekal dibayangi risiko dalam pasaran dan pelabur berwaspada untuk situasi kejatuhan nilai Pound pada bila-bila masa sahaja.

Jika penurunan harga berlaku pada carta GBP/USD, paras sokongan awal pada 1.37000 akan diuji terlebih dahulu sebelum penurunan yang diteruskan akan kembali ke paras sokongan minggu lalu sekitar 1.36000.

Untuk penurunan lebih rendah melepasi paras tersebut, zon support 1.35000 akan menjadi sasaran seterusnya harga untuk mencatatkan paras terendah terbaru sejak dagangan Januari yang lalu.

Namun jika harga berjaya menyambung corak kenaikan harga minggu lalu, zon rintangan pada 1.38000-1.38300 akan diuji semula.

Harga yang berjaya menembusi zon tersebut dijangka akan ke zon rintangan tumpuan pada 1.39000 selepas kenaikan sepanjang Julai masih gagal menembusi zon tersebut.

Lihat gambar carta pasangan mata wang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat