Mampukah GBP/USD Teruskan Kenaikan Selepas Lonjakan 180 Pips Semalam?

784

Pergerakan harga pada carta pasangan matawang GBP/USD semalam telah mempamerkan lonjakan ketara harga sehingga mencatatkan sekitar 180 pips kenaikan harian.

Ini adalah didorong oleh penyusutan nilai matawang US dolar dalam pasaran sebagai matawang safe-haven susulan sentimen positif pasaran yang didorong oleh laporan ujian vaksin Coronavirus oleh firma bioteknologi Amerika Syarikat di Australia. Keputusan ujian dijangka diketahui pada Julai.

Sementara itu, dagangan Pound pula turut disokong oleh perkembangan positif rundingan Brexit di mana Kesatuan Eropah (EU) bersedia untuk mengubah peraturan akses penangkapan ikan di perairan UK dan konsesi lain antara dua pihak.

Namun kebimbangan terarah pada isu pelanggaran perintah berkurung di UK oleh Pegawai Penasihat Downing Street, Dominic Cummings yang merentas England melawat ibubapanya.

Kerajaan yang mempertahankan beliau telah mencetuskan amarah dan ketidakpuasan hati oleh penggubal undang-undang serta orang awam. Hal ini juga turut berisiko menggugat pengukuhan US dolar.

Harga yang bermula di sekitar paras 1.21900 pada sesi Asia semalam mula bergerak di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga di carta GBP/USD dan meneruskan kenaikan sehingga bersambung ke sesi pasaran New York.

Kenaikan telah melepasi zon SBR (support become resistance) pada 1.22800 dan mencapai paras ketinggian pada 1.23600.

Namun momentum kenaikan mula perlahan di penghujung sesi New York sebelum pergerakan harga lebih mendatar dan menurun pada sesi Asia pagi ini.

Penurunan harga didorong oleh pengukuhan semula US dolar berikutan ketegangan di antara Amerika Syarikat memberikan kebimbangan terhadap pelabur.

Harga dijangka akan menuju semula zon RBS (resistance become support) pada 1.22800-1.22500 serta turut menguji paras sokongan dinamik MA50.

Penurunan lebih rendah akan memberikan isyarat awal perubahan trend dan harga dijangka menuju zon support mingguan sekitar 1.21700.

Sebaliknya jika harga kembali meneruskan kenaikan semalam, paras ketinggian sekitar 1.24000 akan menjadi destinasi tumpuan yang merupakan zon SBR sebelum ini.

Kenaikan lebih tinggi akan menuju pula paras ketinggian pada resistance 1.25000 dan mencatatkan paras ketinggian terbaru 4 minggu.

Lihat gambar carta pasangan matawang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat