Mana Jepun Ni? Tembok 150 Yen Sudah Musnah!

457

Kejatuhan yen semakin tidak dapat dibendung apabila mata wang ninja itu menjunam ke paras lebih rendah berbanding US dolar pada sesi Eropah.

Menyentuh paras harga 150 buat pertama kali sejak Ogos 1990, pelabur masih menantikan campur tangan langsung daripada kerajaan dan bank pusat Jepun.

Namun, masih belum lagi terdapat tanda-tanda bahawa ia akan berlaku dengan pihak berkuasa Jepun terus bermain tarik tali.

Pelabur kecewa kerana hanya pembelian bon kecemasan bernilai $667 juta diumumkan oleh Bank of Japan (BOJ) untuk membendung peningkatan hasil bon kerajaan (JGB) yang melepasi had 0.25% pada sesi Asia, dan ia gagal mengekang kejatuhan nilai yen.

Sementara itu, hasil perbendaharaan AS 10 tahun yang lebih tinggi menyokong dagangan US dolar untuk didagangkan mengukuh.

Ini susulan penegasan semula komitmen oleh beberapa pegawai Federal Reserve (Fed) untuk melanjutkan pengetatan mereka yang agresif.

Presiden Fed Minneapolis Neel Kashkari memberi isyarat bahawa kadar faedah yang kini berada pada 3.25% mungkin akan meningkat lebih 4.5% atau 4.75% sekiranya inflasi masih tinggi.

Dalam pada itu, euro dan pound membataskan kerugian yang dicatatkan sebelum ini dengan didagangkan mendatar berbanding US dolar.

Melihat pergerakan mata wang Asia, dolar Aussie dan New Zealand sedikit meningkat ketika pelabur mengalihkan tumpuan kepada penerbitan data ekonomi China pada sesi Asia esok.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat