Mario Draghi Beri Amaran Buat Mana-Mana Negara yang Berhajat Meninggalkan Zon Euro!

41

Mana-mana negara yang meninggalkan Zon Euro perlu menyelesaikan tuntutan mahupun sebarang hutang sebelum memutuskan hubungan dengan blok terbabit.

Mario Draghi, Presiden Bank Pusat Eropah mengeluarkan kenyataan terbabit melalui surat yang dikeluarkan pada lewat Jumaat.

Kenyataan itu dikeluarkan berikutan gelombang anti Euro yang berlaku di Itali dan beberapa negara Zon Euro.

Ancaman pembayaran hutang itu turut dikeluarkan bagi menjaga Zon Euro jika berlaku sebarang krisis kewangan.

Antara pemegang liability terbesar dalam sistem ini termasuklah Itali, Sepanyol dan Greece, manakala Jerman merupakan creditor terbesar dengan tuntutan bersih sebanyak 754.1 Billion Euro.

Namun begitu, sistem ini dihat semakin tidak seimbang dalam jangka masa beberapa bulan kebelakangan ini.

Dalam surat terbabit, Draghi memberi tahu ketidakseimbangan sistem kewangan Zon ini adalah disebabkan program pembelian bon itu sendiri yang terdiri daripada pelabur asing yang mempunyai akaun di Jerman, sekali gus menjadikan Jerman sebagai creditor terbesar.

Perlantikan Rasmi Trump Sebagai Presiden AS, Ini Jangkaan Pergerakan Pasaran

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat