Mark Zuckerberg Sahkan NFT Akan Hadir Ke Instagram!

634

Populariti non-fungible token (NFT) tidak dapat dibendung lagi apabila Mark Zuckerberg mengesahkan bentuk pemilikan digital itu akan hadir ke Instagram dalam masa terdekat.

Zuckerberg berkongsi khabar tersebut dalam acara South by Southwest (SXSW) di Texas semalam.

Tidak pasti bagaimana reka bentuk ciri terbaharu akan hadir ke dalam aplikasi media sosial itu, Zuckerberg menjelaskan pengguna Instagram yang memiliki NFT boleh menayangkan koleksi mereka dan berpotensi untuk hasilkan NFT tersendiri menggunakan platform tersebut.

CEO Meta itu juga akui masih banyak lagi perkara teknikal perlu diatur bagi memastikan segala projek dilancarkan sempurna.

Tidak dinafikan yang sebelum ini lagi eksekutif Instagram, Adam Mosseri ada mendedahkan Meta sedang mengkaji teknologi NFT. Malah pada Januari juga ada dilaporkan yang mereka bercadang untuk menambah NFT ke dalam wallet kripto, Novi.

Laporan tersebut juga ada menyebut bahawa kehadiran NFT di Instagram dan Facebook membolehkan pengguna menjadikan koleksi mereka sebagai gambar profil, menghasilkan NFT, dan menubuhkan platform perdagangan NFT.

Nampaknya masa sudah tiba di mana pengguna Instagram terlebih dahulu dapat menikmati trend NFT selepas Twitter berbuat demikian pada bulan lepas.

Mungkin selesai Instagram, NFT hadir ke Facebook pula. Harapnya mak cik pak cik fahamlah NFT itu apa. Jangan pula mereka terkejut bila nampak ada gambar beruk atau punk piksel.

Belajar lebih mendalam tentang NFT bersama Team INTRADAY.my, jom sertai group telegram INTRADAY.NFTKlik di sini untuk sertai.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat