Masa Depan Ekonomi China dijangka Suram! : Penyelidik Ekonomi

72

Penyelidik berkata di Beijing bahawa ekonomi China dijangka berkembang sekitar 6.5 peratus, manakala prestasi Yuan dijangka terus merosot pada tahun 2017.

Unjuran oleh Akademi Sains Sosial China (CASS) ini dikeluarkan sebaik sahaja pemimpin tertinggi China mengedakan pertemuan utama untuk membincangkan hal ehwal ekonomi pada minggu lepas. Mereka juga akan memastikan kestabilan dan pertumbuhan ekonomi China yang lebih sihat pada tahun depan.

Bagi suku ketiga tahun 2016, ekonomi China ini telah berkembang pada 6.7 peratus iaitu kadar yang paling perlahan dalam tempoh 25 tahun.

Pada tahun depan, CASS menjangkakan ekonomi China akan berkembang pada tahap 6.5 peratus pada suku pertama dan kedua, dan 6.4 peratus bagi suku ketiga dan keempat.

Cabaran utama kepada pertumbuhan ekonomi ini termasuklah aliran modal keluar dari China disamping penyusutan nilai Yuan, yang telah jatuh 6 peratus berbanding US Dollar tahun ini.

Sementara itu, Kementerian Perdagangan meramalkan Yuan akan menyusut berbanding US Dollar sebanyak 3 peratus lagi pada tahun 2017.

CASS juga meramalkan bahawa inflasi pengguna akan mencecah 2.2 peratus pada 2017 dan harga pengeluar akan meningkat. Data jualan runcit dan pelaburan asset tetap juga akan diramal meningkat sebanyak 8.9 peratus.

Peruntukan Bajet Fiskal di Jepun Bakal ditambah Tahun Depan!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat