Masaklah Kanada Kena Dengan Biden!

1,379

Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden dilaporkan akan membatalkan projek pembinaan saluran paip Keystone XL pada hari pertama beliau di White House.

Menerusi nota ucapan yang dilihat oleh media Kanada dan AS, Biden dikatakan akan menandatangani perintah eksekutif untuk membatalkan kelulusan projek bernilai $8 bilion itu kerana kebimbangan mengenai bahan bakar fosil yang menyumbang kepada perubahan iklim.

Pentadbiran parti Liberal Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau sebelum ini telah mendesak Biden untuk tidak menghentikan projek tersebut, yang melibatkan pemindahan minyak dari wilayah Alberta ke Nebraska.

Pembatalan projek ini boleh mengancam pekerjaan Kanada dan hubungan dua halanya dengan Amerika Syarikat serta memberi tamparan besar buat sektor tenaga negara itu.

Susulan laporan tersebut, Perdana Menteri Alberta, Jason Kenney meluahkan keperihatinan beliau mengenai rancangan Biden dan mengatakan jika projek itu dibatalkan, pentadbirannya akan mengambil tindakan undang-undang.

Paip Keystone XL akan membawa sekitar 830,000 tong minyak mentah sehari dari Alberta ke Nebraska. Dari sana, minyak akan bergerak melalui saluran paip sedia ada untuk ke kilang di sekitar Teluk Mexico.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat