Masih Ada Sisa Tenaga, USD Teruskan Kenaikan Lebih Tinggi!

627

US dolar terus didagangkan lebih kukuh pada paras ketinggian tujuh minggu, disokong oleh keyakinan yang semakin meningkat bahawa isu siling hutang akan dapat diselesaikan.

Presiden Joe Biden dan Speaker Dewan Republikan Kevin McCarthy, kedua-duanya menunjukkan keyakinan pada hari Rabu bahawa kerajaan AS tidak akan mengalami ‘default.

Selain itu, US dolar turut mendapat sokongan daripada kenyataan berbaur hawkish pegawai Federal Reserve (Fed), di mana Loretta Mester berkata beliau tidak fikir bahawa kenaikan kadar faedah perlu dihentikan lagi buat masa ini.

Pelabur seterusnya menantikan terbitan data tuntutan pengangguran mingguan AS pada sesi New York untuk mengukur kekuatan semasa pasaran buruh.

Di Eropah, mata wang euro kekal didagangkan pada sekitar paras terendah enam minggu berbanding greenback.

Pasaran kewangan di Jerman, Switzerland dan Perancis ditutup sempena Ascension Day, menjadikan euro bergerak dalam julat biasa pada dagangan hari ini.

Sementara itu, mata wang pound berundur semula untuk didagangkan lebih rendah berbanding US dolar menjelang keterangan Gabenor Bank of England (BOE) Andrew Bailey di hadapan Jawatankuasa Perbendaharaan Parlimen UK.

Di samping itu, dolar Aussie kekal diniagakan suram selepas terkesan oleh data pekerjaan Australia yang mengecewakan pada bulan April, manakala dolar New Zealand pula kekal mendatar.

Selain itu, dolar Kanada didagangkan sedikit susut berbanding US dolar di tengah-tengah dagangan minyak mentah yang bergerak mendatar.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat