Masih Mendatar, GBP/USD Bergelut Untuk Tembusi Rintangan $1.2300

145

Selepas terbitan data pesanan barangan tahan lama (durable goods) Amerika Syarikat (AS) diterbitkan semalam, dilihat US dolar masih gagal untuk mendominasi pasaran walaupun bacaan data menunjukkan angka yang meningkat.

Pelabur kini dilihat masih berjaga-jaga memberi tumpuan terhadap perkembangan laporan perbincangan antara anggota G7 yang semakin giat menambahkan tekanan terhadap Rusia dengan tindakan sekatan ekonomi ke atas Vladimir Putin sebagai susulan aktiviti pencerobohan di Ukraine.

Walaupun US dolar papar prestasi suram di awal minggu, kebanyakan mata wang utama lain dalam pasaran juga masih dilihat bergerak perlahan termasuk Pound.

Pound dilihat masih gagal untuk mendapatkan rentak pengukuhan selepas langkah kenaikan kadar faedah dilaksanakan bank pusat. Kebimbangan masih terarah kepada beberapa isu ekonomi termasuk ketidaktentuan Brexit yang masih lagi berlarutan selepas 2 tahun UK secara rasmi meninggalkan blok Eropah.

Masih lagi perubahan pada protokol Ireland Utara didesak oleh UK, namun tiada tanda-tanda untuk Kesatuan Eropah (EU) akan bersetuju untuk perkara tersebut.

Jika diperhatikan pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD, sehingga bersambung ke awal minggu ini harga masih lagi dilihat brelegar dalam zon mendatar (sideway) dengan paras sokongan pada 1.22000 sementara rintangan pula pada 1.23000.

Pada dagangan semalam (Isnin), harga meneruskan kenaikan pada sesi Eropah semalam dan cuba untuk menembusi zon rintangan 1.23000, namun kenaikan harga tersebut gagal diteruskan sebelum harga susut semula di bawah zon tersebut.

Harga yang dilihat bergerak mendatar di sekitar paras Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pada carta GBP/USD sepanjang semalam mula memberi isyarat untuk pergerakan bearish selepas harga bergerak di bawah paras tersebut di sesi Asia pagi ini (Selasa).

Jika penurunan harga berlaku, harga bakal menguji kembali zon sokongan pada 1.22000 dan pelabur akan menilai petunjuk sama ada harga akan melantun semula seperti minggu lalu, atau mula membuat penurunan lebih rendah.

Penurunan yang berjaya diteruskan akan menuju pula ke sasaran sekitar 1.21000 sebelum penurunan lanjut bakal mencecah sehingga zon support pada 1.20000.

Sebaliknya jika harga membuat kenaikan pula menembusi rintangan 1.23000, harga bakal membuat kenaikan yang lebih tinggi menuju ke paras rintangan seterusnya pada 1.24000, iaitu paras ketinggian yang dicapai pada reaksi ketika mesyuarat polisi bank pusat England (BOE) yang lalu.

Kenaikan lebih tinggi yang berjaya diteruskan pula dijangkakan untuk menuju ke paras seterusnya pada zon rintangan 1.25000 untuk mencatatkan paras ketiggian terbaru 3 minggu.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat