Masih Tak Faham Dengan Istilah ‘Hawkish’ dan ‘Dovish’? Moshed.com Sediakan Perincian Istilah Ini Untuk Anda!

4,727

Acap kali keterangan dari bank pusat mahupun ucapan dari orang-orang penting pasaran kewangan, dikaitkan dengan term ‘hawkish’ mahupun ‘dovish’.

Bagaimanapun, kesemua komen ini bergantung kepada approach mereka terhadap keadaan ekonomi tertentu.

Bank pusat digambarkan sebagai agresif ataupun ‘hawkish’ apabila mereka menyokong kenaikan kadar faedah untuk mengurangkan inflasi daripada melonjak kepada paras yang lebih tinggi.

Sebagai contoh mudah, Bank of Japan akan diangganp hawkish jika mereka mengeluarkan kenyataan yang dilihat berat sebelah kearah peningkatan kadar faedah bagi mengurangkan inflasi.

Sebaliknya, sesebuah bank pusat akan digelar dovish apabila lebih memihak kepada pertumbuhan ekonomi dan sektor pekerjaan. Mereka juga akan lebih cenderung untuk membuat kenyataan bagi memotong kadar faedah dan tidak terlalu agresif terhadap sesuatu tindakan.

Bila sudah tahu, makna disebalik kedua-dua perkataan ini, anda pesti tertanya-tanya kan, “Mana yang lebih bagus?” “Hawkish atau dovish?”

Sebenarnya tiada yang lebih baik antara keduanya.

Istilah ini hanya menggambarkan kecenderungan bank terhadap sesuatu yang berlaku. Sama ada mereka akan mengambil tindakan agresif, atau pun sekadar memberi pandangan terhadap sesuatu yang berlaku mengikut pandangan penganalisis yang sudah biasa dengan selok belok pasaran.

Jadi, jika ada berita ekonomi yang menggunakan istilah ini, anda pasti akan lebih faham mengenai kandungan artikel dan pendekatan pasaran, kan? Tak hairanlah kebanyakan bank pusat meletakkan lambang hawkish (burung helang) sebagai simbol di bank-bank mereka. Mungkin untuk menggambarkan pendirian agresif yang mereka guna pakai dalam membuat keputusan dan membantu ekonomi semasa.

Semoga penulisan ini membantu!

Saya Dah Capai 10.6% Bulan Ini. Baca Perkongsian Pengasas Kami Ini Segera!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat