Mata Wang Kripto Bakal Jadi ‘Penyelamat’ Rusia?

2,217

Timbalan gabenor pertama Bank Pusat Rusia, Ksena Yudaeva mengatakan bahawa bank itu bersedia untuk membenarkan penggunaan mata wang kripto bagi pembayaran antarabangsa.

“Pada dasarnya, kami tidak membantah penggunaan mata wang kripto dalam urus niaga antarabangsa”, kata Yudaeva dalam taklimat pada hari Selasa.

Bank pusat itu sebelum ini telah menggesa larangan terhadap mata wang kripto. Malah, mereka juga dilaporkan pernah mengadakan perbincangan dengan pemain pasaran dan pakar tentang melarang pelaburan mata wang kripto untuk mengehadkan risiko kestabilan kewangan.

Namun, berdasarkan kepada kenyataan terbaharu timbalan gabenor itu, bank pusat Rusia mungkin akan mengurangkan bantahannya terhadap mata wang kripto.

Walaupun begitu, Yudaeva mengatakan bahawa bank pusat itu masih melihat penggunaan mata wang kripto dalam negara sebagai ancaman kewangan.

Dengan membenarkan mata wang kripto untuk penyelesaian pembayaran antarabangsa, ia akan membantu Moscow mengurangkan kesan sekatan Barat yang dikenakan susulan pencerobohannya ke atas Ukraine pada Februari.

Amerika Syarikat (AS), Kesatuan Eropah (EU) dan sekutu lain telah menyekat akses Rusia kepada lebih daripada $600 bilion rizab mata wang asing serta mengharamkan bank negara itu daripada SWIFT, sistem pembayaran kewangan antarabangsa.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat