Mata wang Rusia, Rubel Paling Kukuh 7 Tahun! Apa Putin Dah Buat?

26,739

Setelah berdepan dengan pelbagai tekanan daripada negara-negara Barat, mata wang Rusia, rubel ternyata lebih berdaya tahan dengan mengukuh di paras tertinggi 7 tahun.

Menyingkap kembali peristiwa ketika awal pencerobohan Rusia ke atas Ukraine pada akhir Februari tahun ini, rubel telah menjunam parah ke paras terendah sepanjang masa pada 139 berbanding dolar Amerika.

Namun, hari ini, mata wang itu kembali bangkit lebih kuat untuk didagangkan pada 52.30 berbanding USD, iaitu paras paling kukuh sejak Mei 2015.

Apa yang berlaku?

  1. Kenaikan dua kali ganda dalam kadar faedah
  • Bank Pusat Rusia telah meningkatkan kadar faedahnya dua kali ganda kepada 20% daripada 9.5%, sebelum menurunkannya semula sebanyak tiga kali kepada 11% pada akhir Mei sebab risau akan menjejaskan eksportnya.
  1. Harga tenaga yang tinggi
  • Sekatan Barat ke atas Rusia telah menyebabkan harga tenaga melonjak tinggi. Kesatuan Eropah (EU) masih membeli berbilion dolar tenaga dari Rusia setiap minggu walaupun pada masa yang sama cuba mengenakan sekatan.
  • Walaupun banyak negara Barat menyekat pembelian minyak Rusia, tetapi Moscow masih mencatatkan keuntungan di tengah-tengah lonjakan minyak mentah.
  1. Kawalan modal yang ketat
  • Kerajaan mengehadkan mata wang asing meninggalkan negaranya dan disebabkan itu Rusia tidak boleh mengimport barangan daripada luar kerana sekatan.
  • Ini bermakna ia membelanjakan lebih sedikit wangnya untuk memberi barangan asing.

Adakah ini mencerminkan ekonomi Rusia yang sebenar?

Tidak semudah itu. Penganalisis melihat kekuatan rubel dikaitkan dengan lebihan dalam imbangan pembayaran keseluruhan, yang lebih didorong oleh faktor exogenous yang dikaitkan dengan sekatan, harga komoditi dan langkah dasar berbanding trend dan asas makroekonomi jangka panjang.

Kementerian Ekonomi Rusia menjangkakan pada pertengahan Mei, pengangguran akan mencecah hampir 7% tahun ini.

Sejak perang Rusia di Ukraine, beribu-ribu syarikat telah meninggalkan Rusia. Pelaburan asing telah berkurang dengan ketara dan kemiskinan meningkat hampir dua kali ganda hanya dalam tempoh lima minggu pertama perang sahaja, menurut agensi perangkaan persekutuan Rusia, Rosstat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat