Matawang Eropah Melawan Arus Walaupun Data Ekonomi Buruk

805

Permulaan dagangan sesi Eropah menyaksikan penerbitan data PMI pembuatan dan perkhidmatan tinjauan IHS Markit dari Zon Eropah dan UK yang menyuramkan pada bulan September.

Aktiviti perniagaan di Zon Eropah berkembang pada kadar yang paling lemah dalam tempoh lima bulan pada September ketika sekatan untuk membendung penularan coronavirus telah menjejaskan permintaan.

Walaupun angka jangkitan harian telah menunjukkan penurunan ketara sepanjang bulan ini, tetapi kebanyakan sekatan masih belum diangkat sepenuhnya termasuk di Jerman dan Perancis disebabkan kebimbangan varian delta akan merebak.

Sementara itu, sektor pembuatan turut menunjukkan penurunan pada bulan lalu kerana terkesan dengan gangguan rantaian global yang menyebabkan harga input melonjak ke tahap tertinggi dua dekad.

Bagaimanapun, matawang euro nampaknya tidak terkesan dengan bacaan data yang lemah ini, sebaliknya meningkat lebih tinggi kerana memanfaatkan penyusutan US dolar berikutan sentimen risiko yang kembali pulih ketika isu Evergrande telah mula diselesaikan.

Selain itu, di UK pula, kedua-dua sektor pembuatan dan perkhidmatan juga kehilangan momentum pada bulan ini, di mana aktiviti perniagaan merosot ke paras terendah sejak Februari.

Kegiatan perkilangan UK turut mencatatkan pertumbuhan perlahan dengan juga jatuh ke tahap terendah sejak Februari disebabkan kekurangan bahan dan permintaan yang semakin menurun.

Matawang pound juga mengabaikan bacaan data yang lemah ini dengan terus didagangkan positif menyusuli penyusutan yang dicatatkan oleh dolar greenback.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat