Matawang Euro Kembali Mengukuh, Harga Minyak Menghampiri $70 Setong

500

Pasaran Matawang

Matawang US dolar mengukuh dalam sesi dagangan Asia pada hari Rabu.

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding matawang lain naik pada awal sesi dagangan sebelum jatuh sedikit sebanyak 0.07% kepada 92.17 setakat jam 10.00 a.m

Pengukuhan US dolar pada awal sesi dagangan didorong oleh peningkatan hasil bon US. Namun matawang itu masih menyusut berbanding yen berikutan s BoJ mengurangkan saiz pembelian bonnya sebanyak 5% sekaligus menimbulkan spekulasi bahawa ia akan mengurangkan rangsangan monetari tahun ini.

Matawang Euro jatuh sehingga ke paras terendah dua minggu lalu berbanding US dolar kemudian mengukuh semula pada awal sesi dagangan. EUR/USD mengukuh 0.07% setakat jam 10.00 a.m malam ke paras 1.1944.

Pasaran Komoditi

Harga minyak mentah dunia meneruskan kenaikan melepasi paras harga $69 setong pada Selasa sehingga mencapai paras tertinggi tahun 2014. Ini disokong oleh pemotongan bekalan yang diketuai OPEC ketika ini dan jangkaan inventori yang terus jatuh pada minggu kelapan berturut-turut.

Harga minyak WTI berada di sekitar $63.51 setong dan Brent $69.21 setong setakat pukul 10.00 a.m.

Menurut penganalisis William O’Loughlin, lanjutan perjanjian pemotongan pengeluaran minyak dan pengurangan inventori mendorong peningkatan harga minyak naik lebih tinggi.

Harga emas masih lagi mengalami kejatuhan iaitu sebanyak 0.17% kepada $1,311.40.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat