Matawang Euro Mengukuh Berbanding US Dolar, Harga Minyak Kembali Naik

398

Pasaran Matawang

US dolar masih mencatat penyusutan walaupun setelah mengalami pengukuhan pada awal sesi dagangan Asia.

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding matawang lain jatuh sebanyak 0.15% kepada 89.06 setakat jam 05.50 p.m.

Matawang EUR/USD masih mengukuh iaitu sebanyak 0.49% kepada 1.2457.

Euro mengalami penyusutan ketika dalam sesi Asia berikutan kenyaatan Trump yang mahukan pengukuhan US dolar dan memberi penegasan bahawa US dolar akan terus mengukuh dibawah pimpinan beliau.

Pasaran kini memberi tumpuan pada laporan GDP US pada malam ini.

Pasaran komoditi

Harga minyak kembali mengukuh dalam sesi dangan Eropah berikutan penyusutan US dolar.

Harga minyak Brent setakat ini didagangkan di sekitar $70.55 setong. Harga minyak WTI naik 0.24% kepada $65.67 setong setakat jam 05.50 p.m.

Harga emas masih menyusut walaupun terbatas iaitu pada harga 1,354.00

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat