Matawang Gergasi Ini Makin Hilang Taringnya!

791

Perdagangan awal minggu bermula dengan matawang berisiko terus menguasai pasaran ketika US dolar jatuh lebih rendah ke paras terendah lebih 2 tahun dan akan mencatatkan kejatuhan bulanan terbesarnya sejak bulan Julai.

Optimisme terhadap vaksin Covid-19 dan jangkaan pelonggaran dasar monetari yang lebih banyak di Amerika Syarikat telah mendorong pelabur untuk melepaskan pegangan terhadap matawang gergasi dunia.

Pada permulaan sesi Asia, indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback berbanding sekumpulan matawang utama didagangkan rendah pada 91.68, iaitu terendah sejak April 2018.

Kelemahan dolar greenback memberi keuntungan buat matawang euro untuk melonjak lebih tinggi dengan diperdagangkan di paras ketinggian terbaru 2 bulan, menuju ke paras harga 1.2000 yang dicapainya pada September.

Sementara matawang pound pula memperlihatkan dagangan yang tidak menentu berikutan ketidakpastian Brexit kembali menggugat harapan pasaran. Ketua perunding EU, Michel Barnier telah terbang ke London untuk mengadakan rundingan secara langsung.

Data PMI pembuatan dan perkhidmatan China yang memberangsangkan telah memacu kenaikan matawang Asia lebih tinggi, dengan dolar New Zealand diniagakan kukuh pada ketinggian 2 setengah tahun.

Dolar Aussie pula meningkat ke paras tertinggi 3 bulan walaupun berdepan dengan ketegangan antara China dan Australia yang semakin meningkat.

Pada hujung minggu, Menteri Perdagangan Australia, Simon Birmingham mengatakan langkah Beijing mengenakan sekatan ke atas negara itu adalah agresif dan boleh melemahkan keyakinan terhadap pemulihan ekonomi global.

Dolar Kanada pula kekal stabil dengan diperdagangkan di sekitar paras ketinggian 3 minggu berbanding USD.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat