Matawang Pound Akhirnya Mengaku Kalah?

885

Laporan mengenai Kesatuan Eropah (EU) untuk menyekat eskport vaksin Covid-19 Pfizer-BioNTech ke UK mungkin boleh menjejaskan usaha vaksinasi di negara itu yang telah menyokong dagangan matawang pound sebelum ini.

Pound sterling jatuh di bawah paras harga 1.37000 ketika pasaran memasuki sesi dagangan Eropah berbanding US dolar.

Matawang itu sebelum ini telah meraih sokongan daripada prospek positif pasaran terhadap pemulihan ekonomi negara itu memandangkan usaha pelancaran vaksin Covid-19 ke seluruh negara berjalan dengan lancar.

Bagaimanapun, disebabkan rasa tidak puas hati EU terhadap syarikat AstraZeneca yang menangguh penghantaran vaksin Covid-19 ke blok itu dan menjamin bekalan ke UK, menyebabkan usaha vaksinasi negara itu diancam risiko bekalan.

Selain itu, pound sterling turut terkesan oleh pengukuhan US dolar yang meraih permintaan tinggi berikutan ketidakpastian dalam pasaran ekuiti sehingga mengakibatkan kejatuhan besar dalam saham AS.

Kekuatan dolar greenback turut membataskan pergerakan matawang euro walaupun selepas diperlihatkan oleh data ekonomi Jerman yang berkembang 0.1% pada suku keempat 2020, lebih baik dari jangkaan 0%, tetapi jatuh dari 8.5% yang dicatatkan pada suku ketiga sebelum ini.

Indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback berbanding sekumpulan matawang utama diperdagangkan menguat pada 90.74 selepas meningkat 0.2% pada hari ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat