Matawang Pound Terus Melemah Terkesan Oleh Penguncupan Data Ekonomi UK

277

Dagangan pound terus menyusut berbanding US dolar susulan penerbitan laporan pertumbuhan ekonomi (GDP) UK menunjukkan penurunan ketara bagi bulan November yang menguncup sebanyak 0.3% berbanding jangkaan dan bacaan sifar yang dicatatkan pada bulan sebelumnya.

Pembacaan ini mendorong jangkaan terhadap pemotongan kadar faedah pada mesyuarat Bank Pusat England (BoE) akhir bulan ini semakin meningkat, lebih-lebih lagi selepas dua ahli BoE menyatakan akan menyokong langkah pelonggaran dasar jika ekonomi UK masih tidak menunjukkan tanda-tanda peningkatan.

Sementara itu, pengeluaran perindustrian UK terus mencatat penguncupan sebanyak 1.7%, jauh tersasar dari jangkaan untuk menguncup 0.3%.

Dolar Amerika meningkat ke paras ketinggian tujuh bulan berbanding safe-haven yen pada awal dagangan sesi Eropah, diangkat oleh keyakinan pelabur yang optimis menjelang majlis penandatanganan perjanjian fasa 1 pada minggu ini.

Kenyataan Setiausaha Perbendaharaan A.S Steven Mnuchin terus meningkatkan sentimen selepas menyatakan terma perjanjian fasa 1 kekal tidak berubah walaupun telah diterjemahkan.

Kesepakatan yang dicapai pada Disember lalu masih kekal dengan China akan membeli $40 hingga $50 bilion barangan A.S dalam tempoh dua tahun.

Pentadbiran Trump juga menjangkakan perjanjian fasa kedua akan mula dibincangkan pada tahun ini, merangkumi isu-isu yang belum disentuh dalam perjanjian fasa 1 termasuk sekatan perdagangan digital dan isu keselamatan siber.

Selaku matawang sensitif perdagangan, yuan China mendahului pasaran Asia sementara dolar Australia pula diniagakan tinggi berbanding US dolar.

Pemulihan semula matawang yuan China yang mengukuh ke paras tertinggi lima setengah bulan, mencerminkan keyakinan pelabur yang semakin meningkat bahawa perang dagang antara dua ekonomi gergasi dunia akan ditamatkan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat