Matawang Ringgit Mengukuh Susulan Kenaikan Harga Minyak Mentah

177

Ringgit diniagakan tinggi berbanding dolar AS pagi ini, menyusuli kenaikan harga minyak mentah sebanyak 0.81% iaitu US$63.84 setong dengan kebimbangan terhadap serangan ke atas kilang minyak Arab Saudi baru-baru ini masih menimbulkan risiko kepada bekalan minyak dunia.

Unit tempatan dibuka pada 4.1810/1860 berbanding dolar AS daripada 41900/1930 ketika ditutup petang Khamis.

Memetik kepada laporan Bernama, Menteri Luar Iran, Javad Zarif mengeluarkan kenyataan bahawa mereka tidak mahu sebarang pertelagahan dengan Amerika Syarikat (AS) dan sekutunya serta yakin bahawa konfrontasi ketenteraan melibatkan pembohongan adalah salah di sisi undang-undang menyebabkan harga minyak mentah Brent menokok.

Susulan daripada serangan kilang pemprosesan minyak Arab Saudi, ketegangan antara Iran dan AS meningkat apabila AS mendakwa penglibatan Iran dalam serangan tersebut yang menyebabkan penutupan sementara kemudahan pengeluaran minyak mentah bagi 5.7 juta setong sehari sekaligus menjejaskan bekalan minyak dunia.

Secara keseluruhannya, unit tempatan diniagakan tinggi berbanding kumpulan mata wang utama yang lain.

Ringgit diniagakan tinggi berbanding dolar Singapura kepada 3.0326/0371 daripada 3.0406/0349 manakala berbanding yen Jepun, ringgit menokok kepada 3.8724/8781 daripada 3.8789/8496.

Bagaimanapun, ringgit rendah berbanding pound British kepada 5.2367/2434 daripada 5.2262/2316 dan naik berbanding euro kepada 4.6196/6286 daripada 4.6341/6391.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat