Matawang U.S Dolar Menjunam, Pelabur Beralih Kepada Safe Haven

144

Matawang yen mengukuh dalam sesi dagangan Asia pada hari Jumaat berikutan pelabur beralih kepada matawang safe-haven kerana sentimen pelan reformasi cukai.

U.S dolar menyusut sebanyak 0.47% kepada 112.53 berbanding yen setakat jam 12.15 petang, manakala AUD mengukuh sedikit sebanyak 0.04% kepada 0.7591 berbanding U.S dolar setakat jam 12.20 petang

Matawang Euro mengukuh sebanyak 0.34% kepada 1.1810. GBP/USD juga mengukuh sebanyak 0.32% kepada 1.3236.

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang yang lain menyusut sebanyak 0.36% kepada 93.50 setakat  jam 12.20 petang.

Penyusutan ini didorong oleh data ekonomi U.S yang bearish dan undian reformasi cukai akan datang.

Pada hari Rabu, terdapat 2 orang ahli Senat Republik menyatakan ketidaksetujuan mereka dan tidak akan menyokong pelan reformasi cukai Senat yang terkini. Hal ini kerana, perlaksanaan pelan reformasi cukai tersebut lebih memihak kepada syarikat besar dan dalam masa yang sama ia menekan rakyat pendapatan pertengahan.

Berdasarkan laporan Jabatan Buruh U.S, tuntutan pengangguran meningkat sebanyak 10,000 kepada 249,000 bagi minggu yang berakhir pada 11 November. Penganalisis menjangkakan 4000 pengurangan dalam tuntutan pengangguran.

Indeks Pembuatan Philly Fed bagi bulan November jatuh kepada 22.7 daripada bacaan 27.9. Bacaan bulan November juga tersasar daripada jangkaan penganalisis yang mensasarkan pada bacaan 25.

Matawang pound sterling mengukuh berikutan Jualan runcit di UK meningkat lebih daripada jangkaan pada Oktober seterusnya melonjakkan lagi keyakinan terhadap ekonomi British dalam data yang dikeluarkan pada Khamis.

Dalam laporan tersebut, Jabatan Perangkaan UK melaporkan peningkatan jualan runcit sebanyak 0.3% pada Oktober berbanding kejatuhan 0.7% sebelum ini. Jangkaan pasaran untuk data kali ini adalah satu kenaikan kecil sebanyak 0.1%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat