Matawang Utama Bangkit Semula – Aktiviti Perniagaan Semakin Baik!

580

US dolar menunjukkan pengukuhan susulan laporan aktiviti perniagaan A.S mencatat bacaan tertinggi 20 bulan pada bulan Oktober.

Berdasarkan laporan yang dikeluarkan IHS Markit, aktiviti perniagaan A.S meningkat pada bulan Oktober namun pertumbuhan dalam sektor perniagaan dan tempahan barangan berkurangan sedikit kerana penularan pandemik Covid-19 dan tarikh pilihan raya semakin hampir.

Indeks pengeluaran PMI A.S meningkat ke paras bacaan 55.5 pada bulan ini. Bacaan ini adalah bacaan tertinggi sejak Februari 2019 dan meningkat dari paras bacaan yang dicatat pada bulan September iaitu pada bacaan 54.3. Pembacaan di atas 50 menunjukkan terdapat pertumbuhan dalam output sektor swasta.

Walaupun terdapat peningkatan aktiviti perniagaan, para ahli ekonomi meramalkan pertumbuhan ekonomi yang lebih perlahan pada suku keempat berbanding suku ketiga yang banyak didorong oleh pakej pandemik yang bernilai lebih dari $ 3 trilion.

Indeks US dolar catat pengukuhan sebanyak 0.01% berbanding matawang utama ke paras 92.963. Manakala matawang euro mula menunjukkan pengukuhan sebanyak 0.09% berbanding US dolar.

Matawang euro menokok tinggi pada setelah disokong oleh data pembuatan yang tanpa dijangka menunjukkan pertumbuhan lebih kukuh sejak April 2018 pada bulan Oktober.

Dalam pada itu, UK dilaporkan telah menandatangani perjanjian perdagangan pasca-Brexit dengan Jepun. Namun rundingan Brexit dengan EU masih belum menemui kata putus.

Matawang pound susut sebanyak 0.32% berbanding US dolar kepada paras 1.3039.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat