Matawang Utama Beralih Arah! Pound Mendahului Kenaikan

905

Pergerakan matawang utama beralih arah ketika pasaran memasuki sesi Eropah, menyaksikan dagangan euro meningkat menjelang mesyuarat polisi Bank Pusat Eropah (ECB) pada malam ini.

Kenaikan ini menyusuli penyusutan dolar greenback, yang membawa indeks dolar didagangkan susut sekitar 0.15% kepada 92.56.

Euro mencatat sedikit kenaikan dengan didagangkan pada 1.1835 berbanding US dolar, ketika pasaran mengharapkan bank pusat mengumumkan pengurangan dalam pembelian asetnya pada malam nanti.

Matawang pound meningkat lebih tinggi pada sesi Eropah, dengan kembali didagangkan di atas harga 1.3800. Antara faktor lain yang menyokong lonjakan ini mungkin disebabkan oleh cadangan kenaikan cukai oleh Perdana Menteri Boris Johnson telah diluluskan penggubal dasar.

Pelabur masih menghadam kenyataan terbaru dari Bank Pusat England (BOE) yang menolak kemungkinan untuk pengurangan rangsangan lebih cepat. Walaupun syarat minimum untuk meningatkan kadar faedah telah dipenuhi, tetapi pemulihan dilihat masih belum cukup kuat.

Mengikuti perkembangan matawang komoditi, dolar loonie kekal didagangkan rendah selepas keputusan mesyuarat polisi Bank of Canada (BOC) yang mengekalkan dasar monetari tidak berubah.

Di sisi lain, dolar Aussie dan New Zealand juga meningkat, tetapi kenaikan yang dicatatkan terbatas, ditekan oleh ketidakpastian dari wabak Covid-19 yang menyuramkan prospek terhadap pemulihan.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat