Matawang Utama Hentikan Kenaikan, Apa Pula Yang Jadi Ni?

2,319

Matawang utama berhenti mencatatkan kenaikan ketika pelabur kini tertanya-tanya mengenai isu Evergrande yang masih berdiam diri untuk pembayaran faedah ke atas ‘offshore bonds’ atau juga dikenali sebagai ‘international bonds’.

Terdahulu, Evergrande telah mengumumkan akan membuat pembayaran faedah pada ‘onshore bonds’ (domestik), dan ini telah membuatkan pelabur lega dengan kemelut yang menimpa syarikat itu.

Bagaimanapun, sebilangan pemegang ‘offshore bonds’ pula mengatakan bahawa mereka belum menerima pembayaran faedah $83 juta yang berakhir pada hari Khamis dan $43.5 juta pada minggu depan. Kedua-duanya mempunyai tempoh 30 hari sebelum dianggap sebagai ‘default’.

Ini membuatkan dagangan matawang utama menghentikan kenaikan yang diperoleh daripada sentimen ini, terutamanya matawang sensitif risiko dolar Aussie dan New Zealand.

Sementara dolar greenback pula sedikit meningkat dengan indeks dolar diniagakan stabil pada 93.14 berbanding pesaing utamanya.

Perubahan pergerakan ini juga mungkin disebabkan oleh pengambilan untung oleh pemain pasaran menjelang penutup dagangan hujung minggu.

Matawang pound didagangkan stabil di sekitar harga 1.3710 berbanding US dolar, disokong oleh kenyataan positif dari bank of England yang meningkatkan harapan pelabur untuk kenaikan kadar faedah lebih awal dari dijangkakan.

Euro pula sedikit berubah, masih bertahan pada keuntungan semalam yang diraih dari penyusutan US dolar, dengan diniagakan sekitar harga 1.1730 berbanding USD.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat