Matawang Utama Kembali Meroket, USD Tengok Je?

573

Matawang utama kembali mempertahankan kedudukan setelah digoyahkan oleh ketegangan AS-China yang meningkat setelah Amerika mengarahkan ekonomi kedua gergasi dunia itu menutup pejabat konsulatnya di Houston dalam tempoh 72 jam.

Arahan yang dianggap keterlaluan itu kemudiannya telah mencetuskan kemarahan China, di samping turut memberi amaran kepada Amerika Syarikat bahawa ia akan menerima akibatnya.

Dolar Aussie didagangkan mendatar berbanding USD pada sesi Asia, susut dari paras tertinggi sejak April 2019 yang dicapainya pada sesi New York.

Sementara dolar New Zealand pula diniagakan meningkat setelah mencecah tahap ketinggian 6 bulan berbanding USD pada sesi sebelumnya.

Matawang komoditi dolar loonie juga meraih pengukuhan ke paras ketinggian 1 bulan berbanding USD ketika harga minyak mentah kembali meraih kenaikan pada sesi dagangan Asia hari ini.

Sementara itu bagi matawang Eropah, euro terus didagangkan mengukuh setelah mencatatkan peningkatan ke paras tertinggi hampir dua tahun berbanding US dolar, masih disokong oleh optimisme terhadap kesepakatan rangsangan fiskal yang dicapai antara para pemimpin Kesatuan Eropah (EU).

Matawang pound yang pada mulanya mencatatkan penyusutan ekoran daripada laporan mengenai perjanjian dagang UK dan AS, kembali meraih peningkatan ke atas paras harga 1.2700 pada sesi New York dan kemudiannya didagangkan mendatar pada sesi Asia pagi ini.

Financial Times melaporkan bahawa kerajaan Britain tidak lagi berharap untuk mengikat perjanjian perdagangan bebas dengan Amerika Syarikat, dan lebih membimbangkan tempoh peralihan Brexit mungkin berakhir tanpa perjanjian dengan EU.

Sementara itu, ketidakpastian dalam rundingan mengenai rangsangan fiskal AS telah mendorong dagangan USD lemah. Dolar greenback jatuh mencecah 94.80 pada sesi sebelumnya, menghampiri paras terendah 4 bulan berbanding sekumpulan matawang utama.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat