Matawang Yen Melonjak Naik Selepas Bank Pusat Menawarkan Jalan Keluar Daripada Polisi Sekarang

503

Matawang Yen mengukuh pada hari Jumaat selepas gabenor Bank of Japan (BoJ) tersebut mencadangkan pelan jalan keluar daripada pengamalan polisi monetari semasa jika sasaran bank pusat itu dapat dicapai.

Menurut Haruhiko Kuroda pada hari Jumaat, bank pusat akan mempertimbangkan jalan keluar daripada pelonggaran polisi monetari yang diamalkan sekarang jika sasaran inflasi dapat dicapai pada tahun 2019. Untuk rekod, bank pusat mensasarkan untuk mencapai sasaran inflasi 2%.

Namun hal ini mendatangkan kesangsian oleh sebahagian pihak, antaranya badan penyelidikan Pantheon Macroeconomics. Menurut mereka, agak ironi apabila Kuroda membuat komentar tersebut selepas beliau mengatakan bahawa sasaran inflasi 2% pada tahun 2019 adalah tinggi. Beliau juga mengatakan bahawa pertumbuhan gaji harus mencapai kadar 3%.

Walaubagaimanapun, menurut pemerhatian kami, kadar tersebut adalah sukar untuk dicapai pada tahun 2019 kecuali terdapat perubahan data yang benar-benar kritikal.

Gabenor Kuroda juga tidak menjelaskan apakah yang dimaksudkan beliau berkenaan jalan keluar tersebut. Matawang yen mengukuh sebanyak 0.5% berbanding matawang US dolar kepada ¥105.71. Hasil bon-10 tahun kerjaan jepun naik 2 mata. Ucapan Kuroda pada hari ini adalah antara sebab yang menyokong kepada kenaikan matawang Yen selain daripada tindakan Trump pada Khamis.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat