Matic Teruskan Semula Perjalanan Menuju Ke Bulan!

727

Tumpuan semula terhadap matawang kripto kepada pelabur-pelabur kali ini menggembirakan setelah kembali pulih daripada lautan merah berdarah.

Polygon sebelumnya (Matic Network) adalah platform pertama yang berstruktur dengan baik dan mudah digunakan untuk penskalaan Ethereum dan pembangunan infrastruktur.

Terkini, Matic telah melancarkan projek terbarunya iaitu ‘Augur Turbo’ yang membuatkan ramai para pelabur teruja.

Pada carta pergerakan harga MATIC/USDT, dapat dilihat MATIC telah melonjak melebihi 170% daripada penyusutan yang berlaku pada minggu lalu.

Pandangan daripada sudut teknikal, MATIC telah berjaya menembusi zon SBR (support become resistance) sekitar $1.60.

Sebelum ini harga yang gagal menembusi paras resistance sekitar $2.10 telah membuat mendadak sehingga mencecah bawah paras $0.80 sebelum pelabur menyaksikan kenaikan semula menguji paras SBR $1.60.

Jika pergerakan harga berjaya mengekalkan rentak kenaikan, zon resistance $2.10 bakal menjadi sasaran sekali lagi sebelum kenaikan lebih tinggi akan menguji paras ketinggian sepanjang masa (ATH) yang pernah dicatatkan sekitar harga $2.60.

Namun sekiranya pergerakan harga tidak berjaya menembusi paras resistance $2.10 tersebut, penurunan harga mungkin akan kembali menguji paras $1.60 sebelum penurunan ke paras harga $0.80 semula yang dilihat sebagai paras sokongan terbaru buat MATIC.

Lihat gambar carta matawang kripto MATIC/USDT di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat