Mayday! Mayday! Harga Minyak Tembus $100 Setong

1,015

Pengisytiharan perang Rusia ke atas Ukraine telah mendorong lantunan harga minyak mentah Brent untuk menembusi harga $100 setong buat pertama kali sejak 2014 pada sesi Asia.

Presiden Rusia Vladimir Putin telah membenarkan operasi ketenteraan di timur Ukraine pada Khamis dan beberapa minit susulan pengumuman itu kedengaran beberapa letupan di ibu kota Kiev.

Serangan Rusia ke atas Ukraine telah memburukkan lagi kebimbangan pasaran terhadap kekangan bekalan dari dua pengeluar utama minyak tersebut.

Hal ini telah memacu lonjakan niaga hadapan minyak mentah Brent ke paras harga $101 setong, tertinggi pernah dicatatkan sejak September 2014 selepas melonjak sekitar 4.5%.

Sementara dagangan WTI Amerika Syarikat juga meningkat sebanyak 4.6% kepada $96.40 setong, paling tinggi sejak Ogos 2014.

Menurut ciapan di laman twitter Menteri Luar Ukraine, beliau memberitahu bahawa Rusia telah melancarkan pencerobohan besar-besaran ke atas Ukraine dan menyasarkan bandar-bandar dengan serangan senjata.

Rusia merupakan pengeluar minyak kedua terbesar di dunia, yang kebanyakannya menjual minyak mentah kepada kilang penapisan Eropah, dan merupakan pembekal terbesar gas asli ke Eropah, menyediakan kira-kira 35% daripada bekalannya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat