McConnell Dedahkan Jangka Masa Rundingan Kesepakatan Rangsangan Dana Covid-19!

284

Kesepakatan rancangan bantuan persekutuan Covid-19 semakin tipis untuk dicapai berikutan pembangkangan daripada pihak Rumah Putih dan permintaan daripada parti Demokrat.

Pihak Demokrat mahu mengurang jumlah rangsangan asal mereka yang berjumlah $ 3.5 trillion kepada 1/3 jumlah tersebut namun dengan syarat bantuan terus disalurkan kepada negeri-negeri dalam Amerika Syarikat dan bandar-bandar. Perunding bagi pihak Presiden Donald Trump telah menolak permintaan Demokrat dan menawarkan bantuan tidak lebih dari $150 bilion.

Pemimpin Majoriti Senat Mitch McConnell mengatakan pada hari Khamis bahawa Senat tidak akan berlansung dan tidak akan mengadakan undi sehingga 8 September. Tamsilnya, pasaran hanya boleh berharap kesepakatan rancangan bantuan rangsangan pada bulan September nanti.

Pelan rangsangan Demokrat pada asalnya akan menelan belanja lebih dari $3 trilion namun Parti Republik berkeras bahawa pakej rangsangan terakhir ini hanya sekitar $ 1 trilion. Setakat ini kedua-dua belah pihak belum menemui titik temu.

Pada minggu lepas, Presiden Trump telah menandatangani empat perintah eksekutif bagi menangani beberapa masalah ekonomi utama termasuk tambahan faedah pengangguran. Namun program yang dirangka memerlukan waktu berminggu-minggu untuk dilaksanakan dan tidak akan membawa kesan yang besar terhadap ekonomi jika dibandingkan dengan rang undang-undang Kongres.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat