Melabur $59 Juta, Trader Angkut 8 Kripto Ini Termasuk ETH!

459

“Banyak juga kripto yang trader ni kaut, macam tak ada hari esok weh pantas betul.”

Di tengah-tengah seluruh pasaran mata wang kripto termasuk Bitcoin (BTC) melihat kemerahan ketara, seorang trader tanpa membuang masa membeli lapan aset digital menggunakan strategi buy-the-dip semasa harganya berada dalam kejatuhan.

Menerusi pemerhatian, trader kripto dengan address 0x4fdFE telah membuat pembelian besar-besaran $59 juta secara keseluruhannya, di mana ia mengaut 9,435 Ethereum (ETH) bernilai $30.92 juta pada hari ini.

Pada masa sama, data on-chain EmberCN menunjukkan trader sama tergesa-gesa mengumpul 957.7 bilion Pepe Coin (PEPE) bernilai $9.82 juta sejurus selepas harganya mengalami kemerosotan 17% sepanjang minggu.

Trader tersebut turut mengumpul 583.7 bilion Shiba Inu (SHIB) bernilai $9.63 juta kemudian melabur $3.13 juta bagi membeli 438,700 Render (RNDR) ketika harganya melihat pullback 4.59% pada paras $7.29.

Selain mencedok 5.187 juta Polygon (MATIC) bernilai $2.81 juta, trader juga bertindak membeli Chainlink (LINK) sebanyak 104,100 yang berharga $1.47 juta semasa harganya pada hari ini membuat penurunan 0.19%.

Avalanche (AVAX) yang merudum kira-kira 8.09% pada $25.66 dalam masa 24 jam lalu kemudian tergelincir 0.48% sepanjang minggu lepas telah menyebabkan trader tersebut membeli 39,100 AVAX bernilai $1.08 juta.

Perlu diketahui juga perhatian para pelabur kripto turut tertarik apabila trader mengaut 2.762 juta The Graph (GRT) bernilai $0.55 juta di tengah-tengah harganya susut 3.72% sepanjang hari lalu pada $0.2024.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat