‘Melompat Tinggi’ Saham Syarikat Ini

3,405

Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Bhd (Takaful) muncul antara saham yang merekodkan keuntungan pada sesi awal urus niaga pagi tadi selepas firma berkenaan mencatatkan keputusan kewangan lebih baik daripada jangkaan untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2020.

Bernama melaporkan, pada pukul 10.36 pagi, saham Takaful melonjak sebanyak 27 sen kepada RM4.63 daripada RM4.36 ketika ditutup pada petang semalam dengan sejumlah 686,900 saham didagangkan.

Menerusi makluman kepada Bursa Malaysia semalam, Takaful menyatakan keuntungan bersih yang diperoleh pada suku keempat tahun kewangan 2020 meningkat sebanyak 37.3% tahun ke tahun kepada RM103.2 juta, dipacu oleh penjimatan daripada perbelanjaan pengurusan.

Berikutan prestasi suku keempat yang memberangsangkan itu, Kenanga Research mengulangi penarafan ‘outperform’ untuk Takaful dan semakan secara menaik terhadap harga sasaran kaunter kepada RM6.00 daripada RM5.25 sebelum ini.

“Prestasi memberangsangkan suku keempat tahun kewangan 2020 menyaksikan pendapatan Takaful untuk tahun kewangan 2020 melepasi jangkaan pasaran.

“Pengagihan vaksin yang positif juga akan menyaksikan sentimen lebih baik dalam tempoh separuh kedua tahun ini, yang juga merupakan tempoh yang kukuh untuk Takaful,” ujarnya menerusi nota penyelidikannya hari ini.

Sementara itu, CGS-CIMB turut menaikkan saranan ‘tambah’ daripada ‘pegang’ sebelumnya untuk Takaful dengan harga sasaran yang lebih tinggi pada RM5.80 daripada RM5.06 sebelum ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat