Menanti Data NFP AS, Ini Perkara Pelabur Perlu Tahu!

725

Menghitung detik menuju penerbitan laporan pekerjaan NFP Amerika Syarikat, pasaran mata wang mempamerkan pergerakan mendatar pada sesi Eropah.

USD dolar terus mengekalkan momentum pengukuhannya pada keuntungan yang diraih daripada bacaan memberangsangkan dalam data pekerjaan ADP AS pada Disember.

Turut membantu kekuatan greenback adalah laporan tuntutan pengangguran AS yang menurun ke paras terendah 3 bulan pada minggu lalu.

Ia secara tidak langsung memberi harapan untuk keluaran bacaan NFP yang lebih kuat pada sesi New York akan datang.

Pun begitu, jangkaan awal pasaran melihat pertumbuhan lebih perlahan dalam pertambahan pekerjaan sebanyak 200,000 daripada 223,000 sebelumnya.

Bagaimanapun, kadar pengangguran Amerika Syarikat diramalkan kekal menguat pada paras terendah 3.7%.

Sekiranya bacaan yang diterbitkan lebih kukuh, ia berupaya memacu peningkatan US dolar lebih tinggi.

Meneliti pergerakan mata wang utama lain, dolar Australia dan New Zealand didagangkan hampir tidak berubah walaupun pada sesi Asia sebelum ini kedua-dua mata wang itu sedikit meningkat.

Sementara itu, euro kekal menyusut pada paras terlemah 3 minggu, pound pula suram di tahap terendah 1 bulan berbanding US dolar.

Dolar loonie pula merosot lebih rendah dengan pasaran turut memberi tumpuan kepada terbitan data pekerjaan Kanada pada malam ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat