Ini Alasan Mengapa Alibaba Akan Menjadi Pencabar Utama Kepada Amazon.

759

Alibaba pada asalnya hanyalah merupakan impian seorang jejaka yang mempunyai keinginan yang luar biasa iaitu Jack Ma. Business Model Alibaba cumalah sebuah pasar dimana pelanggan boleh membeli barangan yang disenaraikan secara online.

Pada hujung tahun 1999, Alibaba mendapat suntikan dana $5Juta dari Goldman Sachs dan $20juta dari Softbank. Bermula detik itu, Alibaba terus berkembang dengan pesat sekali. Beberapa tahun lepas, Alibaba mula diperdagangkan secara umum di bursa NYSE dengan harga $68/unit dan pada hari ini saham Alibaba bernilai $170/unit. Kini syarikat tersebut telah bernilai $465 billion dan merancang untuk terus mengembangkan dan meluaskan jajahannya sehingga dalam beberapa tahun, ia dapat mendatangkan ancaman kepada syarikat Amazon.

Para pelabur harus ketahui, bahawa Alibaba kini sedang mengimplimentasikan sebuah strategi yang dipanggil “local to global” dengan AliExpress yang menawarkan peluang kepada syarikat-syarikat kecil dan separa kecil di Rusia, Turki, Itali dan Sepanyol untuk mendaftarkan dan menjual barangan mereka di platform Alibaba.

Kewujudan Alibaba di Asia sudah tidak boleh disangkal lagi, syarikat tersebut memegang pelbagai ekuiti seperti Tokopedia di Indonesia, Snapdeal di India dan juga Lazada yang merupakan platform e-commerce terbesar di Asia tenggara. Sekarang, Alibaba telah mula meluaskan jajahannya di Eropah.

Amazon yang merupakan syarikat e-commerce terbesar antarabangsa juga telah menunjukkan tanda-tanda kegusaran terhadap perkembangan Alibaba. Di China, Amazon telah terjejas akibat persaingan oleh Alibaba dan JD.com sehingga Amazon ingin menutup cawangannya di China.

Untuk masa akan datang, adakah Alibaba akan menyaingi Amazon? Jawapannya tergantung kepada siapa yang mampu memberi tawaran yang lebih menarik dan siapa yang mampu menambat lebih banyak pasaran baru di antarabangsa.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat