Mengapa Euro Gagal Kekalkan Pengukuhan Walaupun Data Pembuatan Zon Eropah Catat Peningkatan?

402

Pasaran awal minggu menyaksikan beberapa data ekonomi dari zon Eropah dan Australia menjejaki pergerakan matawang pada sesi Eropah.

Euro gagal mengekalkan pengukuhannya dengan menyusut berbanding dolar USD walaupun data sektor pembuatan PMI di zon Eropah dan Jerman menunjukkan peningkatan lebih tinggi daripada jangkaan dan bacaan pada bulan sebelumnya.

Data pembuatan PMI Jerman bagi bulan Oktober meningkat kepada 42.1 daripada yang diunjurkan pasaran dan catatan bulan September pada 41.9 manakala data pembuatan PMI di zon Eropah menokok kepada 45.9 daripada 45.7 yang direkodkan pada bulan lalu.

Tumpuan pasaran beralih kepada ucapan pertama Christine Lagarde sebagai presiden baru Bank Pusat Eropah (ECB) pada hari ini, dengan pasaran akan meneliti apa-apa petunjuk terhadap pendirian beliau dalam polisi monetari.

Selain itu, Setiausaha Perdagangan AS Wilbur Ross memberitahu bahawa AS mungkin tidak memerlukan pelaksanaan tarif ke atas kenderaan import pada bulan ini selepas mengadakan ‘perbincangan yang baik’ dengan pembuat kereta di Kesatuan Eropah (EU), Jepun dan Korea.

Dolar Amerika kembali meraih keuntungan pada dagangan sesi Eropah apabila Kementerian Luar Negeri China menyatakan Presiden China Xi Jinping dan Presiden AS Donald Trump telah berhubung secara berterusan dalam usaha mencapai perjanjian perdagangan.

Dolar USD meningkat berbanding yen selepas diniagakan mendatar sepanjang sesi Asia dan turut melonjak berbanding Swiss Franc. Indeks dolar berbanding kumpulan matawang utama lain juga menokok sebanyak 0.09% kepada $97.31.

Di sisi lain, walaupun dengan perkembangan baik dalam perjanjian perdagangan AS-China dan New Zealand-China, pergerakan dolar Aussie terbatas disebabkan data jualan runcit Australia bagi bulan Oktober yang hanya meningkat sebanyak 0.2% lebih rendah daripada jangkaan pasaran dan bacaan pada bulan sebelumnya.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat